kawen oh kawen...
sedang aku menelentang sambil menyelak2 majalah Eh! aku terbace satu artikel y wat aku berfikir panjang...erm...ape lg isu kawen...actually bkn sng nk kawen dlm dunia serba meningkat skg nih..tang poket tuh la y wat rmi lelaki yang sanggup membujang smpi ke tua...aku petik satu artikel 'hantaran berbelas ribu'...Melayari hidup berumah tangga menjadi impian setiap teruna dan dara. Tambahan pula, bila sudah bertahun menyulam cinta bersama, maka sudah tiba masanya dua hati diikat dengan tali pernikahan. Namun, sewaktu rombongan meminang dihantar, sang kekasih terpana apabila keluarga bakal mentua meminta hantaran RM 15 000 serba satu. Terpecik peluh jantan di dahi. Mana mahu dikorek wang sebanyak itu sedangkan teruna baaru setahun mula bekerja. Puas dirayu minta dikurangkan wang hantaran tapi kata bakal mentua mana boleh, anaknya lulusan universiti jadi harganya mestilah tinggi. Lagipun belanja kenduri kendara zaman sekarang bukan murah apatah lagi s dara anak bongsu atau perempuan tunggal jd mjls kawen y dirancang haruslah dilakukan secara besar-besaran dan meriah. Pelamin harus "Gah" setaraf singgahsana, persalinan direka khas pereka tersohor dan khemah mesti menepati tema. Kalau buat didewan besar lagilah tinggi belanjanya sampaikan ada yang mencecah RM 60 000..
Si teruna mula berkira-kira. Gaji tidaklah seberapa, maklumlah zaman sekarang lulusan baru keluar universiti gajinya tidak melebihi RM 2000. Hidup di Kota Metropolitan kosnya tinggi. Hutang PTPTN perlu dibayar RM200 setiap bulan, sewa bilik je dh RM300, hantar ke kampung RM300, tolak makan dan minum RM500, itu tidak termasuk minyak dan ansuran bagi mereka yang berkereta. Habis bulan berbaki RM200 untuk disimpan. Itu pun bertuah kalau dapat simpan sebab Si Dara sering meminta itu dan ini.Mana hendak dicari wang sebanyak itu, apatah lagi tempoh bertunang hanya setahun. Teruna mula merayu, minta Si Dara mempertimbangkan kembali permintaan. Sebaik sahaja buka mulut, Si Dara mula mengungkit, dulu masa bercinta kata sanggup buat apa je asalkan dapat hidup bahagia. Tidak pun Dara memberikan sedikit ayat yang berbeza "sebagai anak, si dara terpaksa menurut kata ibu dan ayah. Tidak berani hendak bersuara takut nanti dikatakan derhaka. Mendengarkan kata-kata itu membuatkan Teruna terkesima, tidak sangka tiada pertimbangan langsung dari si Dara. Ibarat hendak diluah mati emak dan ditelan mati bapa. Tp kerana cinta dan sayang teruna teruskan usaha juga. Bergolok bergadailah apa yang ada, pinjaman peribadi dibuat bagi menambah hutang, asal saja cinta hati sentiasa berada disisi selepas ini.
sebaik tiba tarikh yang dijanjikan berlangsunglah majlis yang dirancang. Duduklah bersanding si Teruna dan Dara seperti raja dan permaisuri. Keliling kampung orang bercakap perkahwinan dan persandingan mereka paling hebat. Dara cipta rekod menjad anak gadis yang paling tinggi menerima wang hantaran kahwin di daerahnya. Selesai majlis , bulan mengambang menjadi saksi pelayaran malam pertama bermula. Indah hidup sebagai sepasang suami isteri, segala yang diimpikan kini menjadi nyata.Kenyataan sebenar apabila sudah berderet tiga, hutang piutang hantaran dan majlis kahwin mash juga belum langsai. Perbelanjaan semakin bertambah dan hidup semakin menekan. Perumpamaan rumahku syurgaku tidak lagi wujud. Setiap hari bertelagah kerana belanja itu dan ini tidak pernah cukup. Situasi berlarutan sehingga menghakis rasa cinta dan sayang yang pernah wujud dulu. Sudahnya, apa yang tinggal kalau bukan penceraian....
Kepada enck tunang...adakah saya sme mcm si Dara dlm situasi diatas...lagi bape bulan je lagi tinggal tok majlis aku..berdebar-debar plak rse slps bce artikel nih...bajet da pun dibuat bnyk y aku da cut cost tp erm..stil lg melibatkan kos yang tinggi...ape lagi yerr nk dipotong...in baru mjlis rumah aku belum lagi rumah encik tunang aku..parak2..huhuu..kadang terpikir kenapa x hanya buat majlis nikah je..pastu wat kenduri kesyukurann..xder la bajet smpi beribu2...dalam islam pun nkah tuh je y wajib..y lain2 tuh hanya adat je...tp bile pikir rasionalnyerr kesian plak ahli keluarga aku terutama mak abah..mne nk letak air muka diowg..lg la plak bnyk mulut2 longkang y akan mengata belakang slps tuh..mcm xtau owg melayu kiter nih...erm...mak andam dgn photgrafer debak debok pun dh nk 3k..tuh da abes murah dh aku survy..xtau la if ader lg y menyediakan pakej lg murah dr nih lg kat area jb cme aku xtau kn...tuh lum tang doorgift, lum tang makan lum tang hantaran..pergh lme2 aku yang terlentang...jenuh jgk...cmne la aku nk wat lg...kawan2 yang dh kawen habis aku survy semuany..tnyer pakej2 y diowg dh pernah ambil..y mne plg murah, y plg ok...haslnya aku dpt la jumpe mak andam n photgrapher nih..
Belanjawan telah dibentang...hasilnya agak kritikal utk akan dtg..nk harapkn kewangan dr satu pihak je mmg membimbangkan..boleh isytihar darurat la jgk..huhu..aku plak rezeki masih xsmpi2 lg...resume sana sini dhantar tp langsung xder fedback..bukan setakat tuh guna "kabel" pun aku dh cuba..hasilnya...belum ader rezeki mak aku ckp...huhuh..makin bertambah2 la kusut aku...dikala ini Hanya kepada Dia je Aku hanya mampu menadah tangga memohon harap..mudah-mudahan rezeki aku dan encik tunang melimpah ruah dan Allah memudahkan urusan kami berdua untuk mendirikan rumah tangga...Amin...Aku berharap majlis kami nanti semuanya berjalan lancar, mencukupi dan tidak berlaku pembaziran langsung..sebab tang pembaziran tuh la y plg aku aku bimbgkn...

sabar yup sayang..abg fhm apa yg syg gah fikirkan smpai menganggu emosi syg...abg minta maaf gan apa yg berlaku smlm...
ReplyDeletesedang kan lidah lg tergigit , ini kan pule bisol terase satu bdn derr... hahaha...
ReplyDelete