Wednesday 25 July 2012

Jangan tunang lama-lama..xelok...


TEMPOH PERTUNANGAN : MAKIN LAMA MASA BERTUNANG,MAKIN BANYAK,RINTANGAN,DUGAAN,CABARAN DAN AIRMATA YANG AKAN DIHADAPI
Membina gerbang perkahwinan melalui cinta pandang pertama,mahupun kedua,ketiga dan seterusnya merupakan impian bagi setiap pasangan yang bercinta,itu adalah objektif sebenar bagi pasangan yang benar-benar jujur dalam perhubungan.

Sebelum pasangan itu merealisasikan perkahwinan,setiap pasangan perlu melalui beberapa peringkat adat resam perkahwinan dalam masyarakat melayu iaitu merisik(meminang),bertunang dan seterusnya perkahwinan.Dalam melalui proses ini,pada peringkat pertunangan merupakan cabaran dan pelbagai dugaan yang harus ditempuhi.
Tidak semua pasangan yang bertuah melalui proses ini tanpa sebarang masalah kan?Apa yang aku perhatikan melalui perspektif di sekeliling aku ialah,sesetengah pasangan yang bertunang itu,kebanyakan mereka tidak tahu bila mereka akan bernikah(berkahwin).Bagi aku perkara ini sudah menjadi trend pada pasangan sekarang,hangpa setuju dak?
Dalam tempoh bertunang tu,pelbagai masalah yang akan timbul,makin lama tempoh bertunang tu,makin banyak dugaan,rintangan yang perlu dilalui,Awas !!!”Darah tengah Manis”.Kekadang tu,orang disekeliling kita merupakan “duri dalam daging”.Golongan ini mampu menjadi pemangkin dalam kemusnahan ikatan pertunangan yang kita bina.Sebab dalam dunia ini wujud golongan yang tidak suka melihat kebahagiaan orang lain,jesteru itu kita perlu berhati-hati.
Mengenai hati dan perasaan,bila pasangan itu dah mencapai pertunangan maka,rasa sayang,kecemburuan menjadi lebih menebal,especially wanita,mereka pasti tidak dapat menahan desakan emosi mereka,jika seseorang itu menceritakan setiap keburukan yang pada tunangannya.”Tipu la kan kalau dia boleh tahan”jika melalui perkara ini,apa yang aku nak nasihatkan teguhkan lah hati itu,jangan biarkan hati anda dinodai,apa yang pasti jangan terlalu mengikut emosi dan nafsu,kelak merana diri.Pada saat ini sifat saling percaya dan mempercayai perlu ada dalam diri setiap pasangan.
Sebab itulah,tempoh pertunangan itu merupakan peranan penting dalam menuju gerbang perkahwinan,bagi aku,tak molek sangat betunang lama-lama,kalau kita ni insan yang bernasib baik tak pe la kan,bertunang bertahun-tahun tapi berjaya berkahwin,Kita tahu ker,kita mempunyai nasib yang baik?tak tahu kan.So,lakukanlah perancangan dengan teliti.
Sebagai contoh,kawan aku memang cari nahas aku ni!!!hahaha.kawan aku ni bertunang terlalu lama sebab budget tak mengizinkan untuk dia melangsungkan perkahwinan.Oleh kerana tidak mahu ikatan yang mereka bina selama ini terputus dek perasaan cemburu begitu sahaja,mereka sepakat bernikah dahulu,bab majlis perkahwinan belakang cerita.So simple jer kan?yang penting tu perancangan.Jangan terburu-terburu,tak payah la nak kalut bertunang sangat,kalau budget tak cukup,terutamanya lelaki..hehehe,
Tapi disebalik pertunangan ini ada juga kebaikan,dimana dalam tempoh pertunangan ini kita dapat menilai sifat pasangan kita,tapi kalau dah bercinta lama tu,mesti dah kenal hati budi pasangan masing-masing yer dak?so jangan terlalu berfikiran negatif terhadap pasangan.
Benar kata orang,Jodoh sudah ditentukan,tak akan lari gunung dikejar,tetapi kita sendiri yang merancang,kalau baik perancangan kita tu,baik lah hasil yang kita dapat,begitu lah sebaliknya, yer dak?
Apa yang pasti,bagi pendapat aku sendiri,baik jangan bertunang terlalu lama,kenapa?tak payah lah aku nak huraikan lebih lanjut dan mendalam lagi,hangpa pun dah besar panjang kan,dah boleh pikir yang mana baik dan buruk,Kalau nak sangat tahu kenapa?hangpa cubalah lanjutkan tempoh pertunangan tu..hehehee


Read more: http://www.enciknakal.com/2011/07/jangan-bertunang-terlalu-lama.html#ixzz21d7LbkAk

cemburu vs perempuan...



Kalaulah cemburu itu bermata,tentunya ianya mengalirkan airmata akibat penyalahgunaan konsep cemburu dikalangan wanita.Ramai wanita yang bertopengkan cemburu disebalik perasaan negatif yang wujud dalam diri mereka,Bagi mereka cemburu itu tanda sayang.Tetapi,kalau sayang tidak cemburu okeh!ianya lebih kepada sifat mempercayai pasangannya maka kalau cemburu,bermakna dia tidak mempercayai pasangannya.
ikatan dalam setiap hubungan kekasih yang terjalin pastinya akan wujud perasaan cemburu,pada pendapat aku,cemburu ini tidak akan wujud selagi kita yakin dengan kejujuran pasangan kita.Cemburu lebih dikaitkan dengan wanita,pelbagai istilah cemburu yang wujud,cemburu buta,cemburu-memburu,hahaha..dan pelbagai lagi lah.
Wanita ini tidak sedar sebenarnya,dengan melahirkan perasaan cemburu,ianya akan mengeruhkan lagi keadaan,dan boleh menyebabkan hubungan yang dibina selama ini berantakan.Ok aku akui kekadang tu perasaan cemburu itu perlu dalam situasi tertentu,tapi biarlah berpada-pada.Maksudny,jangan terlalu cemburu sehinggakan mengongkong pasangannya melakukan rutin harian,lebih-lebih lagi jika pasangannya seorang lelaki yang nakal.Orang yang nakal ni memang akan diberi perhatian oleh golongan wanita lain,sebab mereka ini unik,tetapi disebaliknya mereka ini jenis yang setia.
Kalau hangpa sayangkan kekasih hangpa jangan cemburu buta okeh,sebab cemburu ini merimaskan la,maka tidak hairanlah kesilapan atau petengkaran kecil yang berpunca dari cemburu ini, boleh menjadi besar,bila dah mencapai tahap matang macam ini,pastinya hangpa dah tidak sehaluan dengan pasangan hangpa.Kalau nak cemburu tu,biarlah cemburu celik..sebab nampak..ehehe
Untuk pengetahuan hangpa(wanita or perempuan)lelaki ni akan berasa rimas dengan mereka yang kuat cemburu ini.Faham-faham jer lah kan sifat lelaki macam mana kan?
Apa yang pasti cemburu ini memang bahaya,jika diri mereka dikuasai perasaan cemburu,baik lelaki atau perempuan,pastinya mereka akan melakukan perkara diluar kawalan mereka.Ada yang sanggup membunuh pasangan mereka dek rasa cemburu.
wanita cemburu sebab nak mempertahankan hak mereka,mereka tak nak kehilangan orang yang mereka cintai.Tetapi..awaslah dengan cemburu juga mereka akan kehilangannya.Konklusinya sebelum nak cemburu itu,selidik dan kenal pasti dahulu perkara yang hendak dicemburui,jangan main serang jer okeh.Anggaplah ini dugaan yang harus ditempuhi dalam perhubungan
Nota Nakal : Tolonglah berfikiran positif dalam membina perhubungan,kalaulah ada jodoh itu tidak kemana,jika DIRINYA dah ditakdirkan untuk kita,sejauh manapun dia pergi,dia akan tetap kembali hidup bersama kita YAKINLAH!..

Tuesday 24 July 2012

My engaged days...

Salam ramadan semua...semoga pahala diBulan ramadan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..dah lme wasernya xupdate sometg kat blog aku nih...heheh..almaklumlerr bz...bz menghasilkan sometg buat incan tercayang...huhuhu..mne tau mkn update rse syg tuhkn...hahhaha..ape pun rini aku nk kongsi ngn u olss seme about my engaged day...rmi y tnyerr aku psl feel lps bgelar tunangan owg...ermm..actually xder beza sngt pun..situasi bfore n after...hehehe...cme ader rse responsibility semakin bertambah...yela dlm hubungan mst ader keep n giftkn...ikutkan plan ktrg majlis tunang  n merisik in one day...but last minute ape y da diplan berubah...8/10/2011 spttnyerr date family encik tunang dtg pertama kali tuk berkenalan ngn family aku...tup2..terus wat merisik sekali..bygkan punyerr la selekeh aku time tuh...hahhaha..ngn t-shirt n sua tidur je..tbe2 mntk aku tunjukkan diri..pergh...mau xkalut..ape lg sarung jella bju kurg y ader..ha..berlapis ko diwatnyerr...mcm kueh lapis dh...hahaha.tips..walau dlm ape keadaan pun ketika keluarga pihak lelaki dtg perlu..sentiasa bersedia...law x nk alami situasi cm aku...heheh..then next plan mjls tunang ktrg spttnyerr 8/1/2012...konon nk kekalkn angka 8 la..huhu..tp atas permintaan mak abah aku..nk memudahkan sedara mara..so terpaksa dicepatkan sehari..7/1/2012....klu nk citer about preparation..mst kowang terkejutkan..if aku ckp 2weeks dr mjls aku tuh bru aku mula sibok..sibok pun xsibok mne pun..heheh...hantaran fully mak ngn k.long aku y buat..heheh..mmg aku xcmpur tgn...aku nih bkn lerr makhluk Allah y sngt kreatif..heheh..baju aku pun k.long aku y pilihkn...sama ngn tema y mak aku pilihkn...hebat x...hehehe..sbb tuh abes jer mjls waser cm xpcye je..eh..betul kerr dh jd tunang org nih...hahhaha..sbb owg lain y uruskn tuk kiter...smpi ramai y ckp aku tgk ko nih da mcm kene kawen pakse jerr...nak xnk jerr...hahhaha...pdhal...pilihan aku sndiri...itulah alkisah mjls pertunangan aku...ape pun..alhmdlh...semuanya berjalan lancar..even nk wat mjls biasa2 jerr xnk jemput ramai..on da day...ramai plak y dtg..hehhe...meriah...thanks pd seme y terlibat...p/s...jom view my engaged day....hehehe...






Monday 16 July 2012

Intervew terbaeklah....

Mcm y sblm2 ku nih dberitahu..aku ader interview di Johor Port Sdn Bhd...seriously mlm td aku xleh tido lena..hati bdebar2..memikirkan apa y bakal berlaku hari ini kan...huhuhu...waser kol 4 jgk bru aku dpt lelapkan mata...namun perasaan berdebar2 dan gemuruh mendadak hilang sebaik sahaja aku sampai kg pasir putih en.Khiruddin as  a CEO Officer call bertanyakan kedudukan aku dan meminta aku tgu dia di department security..dlm hati wah..baik gilerr..kali pertama pergi intrview aku begtu diambil berat...huhuhu...then...tuk position nih ader 2 owg je y dtg intervew..aku and another gurls lain..aku candidate 1st y dijemput masuk tok di interview...dalam kepala ku dah tergambar dh ader dua or tiga owg CEO or big boss y berjawatan besar2 nih...namun..bile pintu diketuk dan salam diberi hanya seorang sahaja interviewer y ader..suara jemput aku duduk je dh wat automatik perasaan takut, gemuruh tuh hilang...sangat baik...dia entertain aku bkn sbg owg pertama kali bersua muka tp mcm dh  lame kenal..interviewny pun bjln as a borak2 kosong je...dlm hati alhamdullih..tuhan mendengar doaku...aku agak dia ketua atasan kot di Cooprate Planning and marketng tuh...inilah interview terbaik dan terbest y pnh aku attend..klu lah seme company sesi intervw mcm nih mst lbh mesra dan lbh mengenali calon y diperlukan kn...huhuhu...ape pun alhamdullh da selamat pun melepasi fasa interview nih..dpt ke x itu urusan Allah..if ditakdir disitu bermulanya kerjayaku ader la...lgpun if xdpt pun aku xputus asa..sbb aku tahu kenapa position nih xsesuai utk aku..sbb tlh dibincangkan secara detail...huhuhu..paling klakar owg2 y interview tuh bule bg opinion why not aku teruskan minat aku dlm menuntut ilmu ngn dapatkan gelaran doktor...selangkah lg katanya...encik2 sy mmg ader plan nk teruskan tp not now..sy perlukan experience keje dulu..terima kasih En.khiruddin kerana bnyk membantu saya n wish me luck for my future..mmg terbaik!!!!Terima kasih Ya Allah tok segalanya...syukur alhamdullh sngt2...TO MAK aBAH, ENCIK TUNANG, ADIK2, KWN2 terutama BAI..THANKS ATAS SOKONGAN KOWG SEME..U OLLS ALWAYS ADERUTK SY KETIKA SY BERDUKA, BGUMBIRA, BERJAYA DAN BERPUTUS ASA DLM HIDUP..U OLLS ARE EVERYTG 4 ME...

Friday 13 July 2012

Berdoalah....

Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada  Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.


"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)


Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.
"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)
Jadi, mengapa masih perlu berdoa?
Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.
"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)
Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?
Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.
" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)
Sekiranya kita tidak dapat perkara yang  dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.
Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.

Rezeki di Hari Jumaat...

Alhamdullilah..besarnya kebesaran Allah..sungguh tiada siapa yang mampu melawannya...hari nih secara tbe2 aku dpt call utk interview di Johor Port...as a position...toit..toit..hehehe..in this monday at 9.30am...mudah-mudahan ini pembuka rezeki aku dan kami...jika ditakdirkan disini aku akan memulakan kerjayaku aku redha..aku yakin Allah telah menyusun dan memberi yang terbaik utk aku...semoga Allah permudahkan segalanya..sekirannya dsini bukan rezekiku mungkin Allah ingin aku menimba lebih banyak pengalaman interview sebelum aku dpt job y sesuai dgn aku...
aku Yakin dengan setiap ketetapan yang telah kau berikan untuk setiap hambamu...
sejujurnya aku penah merasa kecewa, putus asa n jauh dari Allah...aku pnh menyalahkan takdir tidak adil dgn diri aku...ini semua gara-gara terlalu sukar mendapat pekerjaan...setelah resume dh diusung kesana kemari..nauzubullahkn..setiap kali tuh mak aku akan ckp mcm nih..cbe bersabar..ingat Allah..Allah nk uji kau dgn cre mcm nih..mungkin belum tbe masanya rezeki kerja tuh dtg skg nih..dan Allah xizinkan lg ianya berlaku...mane tau..berkat kesabaran kau hari ini akan dtg Allah bagi rezeki kerja dgn gaji yang berlpat kali ganda...janji Allah tuh kte xtau...betul kata mak..n berkat doanya jugak...terma kasih mak...
Kadang ader insan lain rezekinya terlalu mudah...bila habis belajar jer terus dpt keje..tp kiter xtau tang lain plak bahagian dia Allah uji...kenapa perlu beriri hatikan...
sekarang nih aku yakin n sangat2 pasti..tiada sesiapa lagi tempat kiter boleh bergantung harap dalam dunia nih melainkan Dia...

Ya Allah..kau ampunilah dosaku Ya allah..aku xredha dengan ketetapan yang telah kau berikan tok aku selame nih..aku hambamu yang tidak tahu bersyukur dan mementingkan diri..ampunilah dosaku Ya Allah..bantulah aku..tngkatkan kesabaran, ketakwaan dan keimanaku kepadaMu Ya Allah..aku ingin menjadi hambamu yang beriman...amin..
Terima kasih ya Allah atas kurniaan nikmat dan rezeki utkku selama ini...kepada y senasib dgnku..jgn disalahkan takdir setiap apa y berlaku...pasti ader hikmah y menanti...

Thursday 12 July 2012

Dah ready kerr nak kawen????


Dalam menghitung hari menuju ke hari bahagia timbul rasa n tanda tanya pada diri sendiri...betul kerr aku nk kawen nih??? dh ready kerr nak pikul tanggjwb??bole kerr???mcm2 bermain di kepala otak aku nih...kawen nih perkongsian hidup seumur hidup bukan utk sehari duakn...bilerr aku ajukan persoalan nnih kat encik tunang aku..dia hanya mampu gelak..pastu dia akan kata..'awal2 mmg xbiasa tp insyallah lps sbln akan terbiasa jugak"...dan aku akan jawab..erm...tanda sedikit protes..sbb jawapan y xdpt mjawab kesemua kekusutan dan kebimbangan y bermain dalam kepala otak aku nihkn..huhuu..ape pun disini aku nk syer kat semua pasal tips2 persediaan utk ke gerbang perkahwinan nih..sekadar renungan utk aku dan bakal2 gadis yang bakal berumah tangga yup...heheh





1. Pasangan yang bakal berkahwin perlu tahu dan faham skop tanggungjawab masing-masing dalam memainkan peranan sebagai suami mahupun isteri. Kewajipan melaksanakan amanah tersebut adalah kewajipan dan menjadi tuntutan agama, malah ia akan dihisab di padang Mahsyar kelak.
2. Pasangan yang bakal berkahwin juga mesti mendalami ilmu agama secara berterusan terutama untuk bakal suami, kerana menjadi kewajipan suami kelak untuk mendidik isteri dengan ilmu agama. Jika tidak mampu, cadangkan dan doronglah mereka untuk menhadiri kuliah-kuliah agama. Jangan pula kita menghalang mereka daripada menuntut ilmu agama.
3. Perlu adanya satu ketetapan sebelum perkahwinan bahawa walau apa pun terjadi dalam rumahtangga (selagi tidak memudaratkan), maka jangan sampai ia melibatkan orang ketiga termasuklah kedua ibu bapa atau mentua. Berdepanlah secara lemah lembut dan berhikmah dengan pasangan, insyaAllah keharmonian rumah tangga menjadi habuan.


4. Perlunya pasangan itu memahami adat resam budaya tempatan pasangannya jika perkahwinan mereka berbentuk rentas budaya (cross-cultural). Sentiasa menghormati dan cuba salami dan asimilasikan adat resam budaya belah pasangan, anda tentu akan menjadi kebanggaan bakal mentua.
5. Keterbukaan dan perbincangan tuntas secara berterus terang mampu untuk memahamkan pasangan masing-masing jika bakal pengantin tersebut menghadapi masalah seksual. Kerana adalah lebih baik berterus terang dan bagi hak untuk diri pasangan memilih samaada untuk terus bersama atau sebaliknya. Jika hal ini hanya diketahui selepas berkahwin maka pasangan akan tertipu dan yakinlah implikasinya akan bertambah buruk.
6. Buat persediaan yang mantap dari sudut ekonomi. Tidak dinafikan Allah menjaminrezeki kita apabila sudah berkahwin. Ini juga sudah dinukilkan dalam lembaran kalamNYA. Namun janganlah pula tunggu sehingga masalah ekonomi memangkin kepada punca krisis rumahtangga. Sebenarnya sikap tanggungjawab dan berusaha paling penting. Yakinlah Allah tidak akan sia-siakan usaha kita untuk melakukan perkara yang disuruhNYA.
7. Kerjaya yang merujuk kepada pangkat. Pada hari ini menjadi kebiasaan wanita yang lebih bekerjaya mengahwini lelaki yang berjawatan biasa. Di sini sifat sabar pihak suami perlu dioptimumkan dan sifat ego pihak perempuan perlu diminimunkan. Hormatlah pasangan sebagai suami isteri nescaya kehidupan akan harmoni.
8. Kesihatan adalah faktor yang agak penting dalam proses pembinaan rumahtangga kerana penyakit kronik hanya akan dianggap menyusahkan pihak yang satu lagi. Jagalah kesihatan untuk orang yang tersayang. Jauhilah amalan merokon dan pemakanan serta gaya hidup merisikokan diri kepada penyakit kronik. Jika penyakit itu terjadi selepas perkahwinan kepada salah seorang pasangan, mereka perlu bersabar. Yakinlah Allah tidak akan menguji hambanya jika ujian tersebut tidak mampu kita tanggung.
9. Hiasi diri dengan akhlak dan perangai yang dianjurkan oleh Islam. Tunjukkanlah sikap-sikap yang mahmudah dan elakkan bersifat mazmumah.
10. Cubalah belajar untuk berkomunikasi dengan cara yang betul. Hampir 80% kegagalan rumahtangga berpunca dari masalah komunikasi. Krisis ini muncul apabila pasangan mendapati dirinya tidak difahami oleh pasangannya dan ini akan menimbulkan rasa tidak diambil berat lantas mencetuskan pemberontakan dalaman.
Dalam apa jua perhubungan pun sebenarnya yang paling penting ialah komunikasi dan juga sikap tolenrasi seperti dalam lirik lagu Kekanda Adinda nyanyian Monoloque dan Atilia kerana setiap yang berpasangan itu saling melengkapi antara satu sama lain.
Kanda pula kutub Utara,
Dinda kutub Selatan
Komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
Tak perlu bertengkar, tak perlu bermasam muka.
Sumber rujukan: Zuhayati Yazid, Fokus Mega, Khamis, 1 Disember 2011.

Tiada duka Yang Abadi...


Jom layan lagu ini sekadar halwa telinga bersama...pasti memberi kesan dihati...

Tiada duka yang abadi didunia Tiada sepi merantaimu selamanya Malam �kan berakhir, hari �kan berganti Takdir hidup �kan dijalani..Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu Namun ku percaya hati meyakini Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang Waktu hilang dan terbuang Andai bisa perbaiki segala yang terjadi Tapi waktu tak berhenti Tapi detik tak kembali Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari Bunga yang mekar akan layu akan mati Malam �kan berakhir, hari �kan berganti Takdir hidup �kan dijalani
Andai bisa ku mengulang Waktu hilang dan terbuang Andai bisa perbaiki segala yang terjadi Tapi waktu tak berhenti Tapi detik tak kembali Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang Waktu hilang dan terbuang Andai bisa perbaiki segala yang terjadi Tapi waktu tak berhenti Tapi detik tak kembali Harap ampunkan hamba-Mu ini Harap ampunkan hamba-Mu ini
Sumber:Liriklaguindonesia.com

Rapuh-Opick...

Detik waktu terus berjalan Berhias gelap dan terang Suka dan duka Tangis dan tawa Tergores bagai lukisan Seribu mimpi berjuta sepi Hadir bagai teman sejati Di antara lelahnya jiwa Dalam resah dan air mata Ku persembahkan kepadaMu Yang terindah dalam hidupku Meski ku rapuh dalam langkah Kadang tak setia kepadaMu Namun cinta dalam jiwa Hanyalah padaMu Maafkanlah bila hati Tak sempurna mencintaiMu Dalam dada ku harap hanya Dirimu yang bertakhta Detik waktu terus berlalu Semua berakhir padaMu

Hargailah selagi Ada...



Pernah x korangg tgk citerr Kashaf Imani...sangat menimbulkan kesedaran dan keinsafan...mengingatkan kiterr dgn kebesaran Tuhan...bile, siapa, bagaimana, dimana dgn siapa hanya dia y berkuasa menentukan segalanya...the moral of value dari citer nih menurut pendapat aku la...hargailah ape yang kiter ader sebelum Allah menjemput kite...bile roh telah terpisah dgn jasad..ape pun yang berlaku kiter x mampu untuk mengubahnya mahupun utk berpatah balik melainkan Allah telah memberi peluang kedua untuk kiter...harta dunia xkan dapat menemani kiter ke alam barsakh melain ...doa anak y soleh..sedekah jariah dan amalan semasa hidup...subhanallah...dan sehina2  seorang ibu itu syurga  tetap dibawah tapak kakinya..keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibunya terhadap anaknya...hidup sekaya mana setakbur mane kiter dgn kemewahan hidup dan kesenagan didunia xkan dpt melawan kuasa Allah y satu...bile Allah kata 'kun fayakun"..maka jadilah...mudah2an kiter sentiasa sama2 beringat...Ya Allah kau tetapkanlah iman kami, ketaqwaan kami kepadamu..jgn kau palingkan hati-hati kami dari mendapat taufiq, hidayah dan petunjukMu Ya Allah...jauhkanlah kami dari seksaan api neraka..Kau ampunilah dosa2 kami sama ada kecil atau besar sedar atau tidak..kerana kami hambamu yang sentiasa lalai dalam mengingatimu..Hanya kepadamu kami Bermohon..amin..



Mood : Sekadar untuk renungan dan perkongsian Ilmu...Jom sama2 bertaubat...sayang sama kamo!!!

Sunday 8 July 2012

Bijakkah kita memilh Jodoh...

Kebahagiaan dan kejayaan hidup berumahtangga adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang memilih pasangan hidupnya. Pemilihan yang bijak ialah pemilihan yang didasarkan di atas keserasian dan persamaan watak-watak peribadi, persamaan taraf keluarga, persamaan agama, persamaan kecenderungan dan memilih kawan teman, hobi dan hiburan. Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa mempunyai keserasian-keserasian yang pokok ini seringkali terkandas dan gagal.


Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan Ya atau Tidak? 

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?


(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?


(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?


(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?


(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?


(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?


(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?


(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?


(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?


(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?


(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?


(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?


(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?


(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?


(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?


(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?


(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?


(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?


(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?


(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?


Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan Ya sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan Ya itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian





Nukilan dari 1001 rahsia diri...

10 perkara suprice dlm perkahwinan

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata." 

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda? 

Penyedap Mata..Penyejuk hati..