Friday 30 November 2012

Doa Ketenagan Hati



 Jom kawan2 kita memohon diberi ketenangan jiwa dan hati dalam kita mengharungi kehidupan y penuh cubaan dan dugaan ini....

Ya Tuhan kami,
curahkanlah kesabaran atas kami
dan teguhkanlah pendirian kami
serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.

Ya Tuhan kami,
janganlah kau palingkan hati kami
setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat
karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.

Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman,
dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku,
maka berilah penghalang antaraku
dan antara syaitan serta perbuatannya.

Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.

 Hasbunallah wani’mal Wakil”


(Cukuplah Allah sebagai penolong kami,
dan Allah adalah sebaik-baik pelindung)
(Al- Imran 3:173)

Jauhkan Aku daripada perkara sebegitu....

Alhamdulillah..hari ini sedar xsedar kita dh masuk ke tahun akhir bagi tahun 2013...terlalu pantas masa berlalu sehingga kadang kita xsedar..seringkali aku terpikir dunia semakin tua..andai tiba masanya ajal menjemputku cukupkah amalanku..apa y akan kujawab dengan mungkar dan nangkir...perasaan cuak dan takut menyelubungi diri...Allah huakbar...
terkadang puas aku berfikir bagaimana seseorang hamba ini boleh hidup didalam kepura-puraan...
bila dihadapan orang y disayang dan keluarga subhanallah..baiknya pijak semut pun xmati..rajin kussemangatkan...xterkata..tp bila berhadapan dengan keluarga sendiri kenapa tidak boleh begitu??ibu y melahirkan ibarat permata buat kita..y akan sentiasa hadir dalam hidup untuk menerangi dan menjadi penunjuk jalan...tanpa dia siapalah kita didunia ini...ini tidak..hamba Allah ini melayan bakal ibu mentua lebih baik dr ibu sendiri malah mengagungkan golongan tersebut lebih dr keluarga sendiri...nauzubilah...sesungguhnya kita tidak cukup mengenali orang luar lebih dr kita mengenali keluarga kita sendiri...dan bila kita susah orang pertama y kita akan cr ialah "IBU"...

Atas pengalaman aku sendiri dalam tempoh aku bertunang aku paling takut perasan mymun terusik..takut dia terasa aku melebihkan bakal mentua or membeza2kan dia..walaupun ibu mentua itu bakal menjadi ibu kita juga selepas diijab kabul nnt...Hati orang tua sangatlah sensitif dan terlalu mudah terusik....
begitu juga dengan encik tunang...aku kerap mengingatkan dia setiap kali ader kelapangan atau cuti jgn sesekali terus berjumpa aku tapi pulang dulu ke rumah jumpa mak dan ayah, dan famly dulu... mak ayah itu y utama..dan aku y kedua...aku xpnh rasa pun wujud masalah disitu..kerap ku khabarkn kpd encik tunang kebimbanganku..jgn kerana aku mak dia berkecil hati dan terasa seperti dipinggirkan..."sebelum dan selepas kahwin dia sebagai anak lelaki syurga tetap dibawah telapak kaki ibu" itu xkn pernah berubah....alhamdulliah setakat nih encik tunang memang xpnh lg dtg berjumpa aku tanpa pengetahuan mak ayah dia dr awal kami berkawan sehingga kini..aku sangt2 bersyukur...tp seandainya ader dr sudut2 lain y kami terlepas pandang telah membuat mak dan ayah kami rasa begitu kami mntk maaf...tolonglah sedarkn kami, tegurlah kami sekiranya salah dan berikanlah kami tunjuk ajar...kami xnnk hidup tanpa restu dan keredhaan dr kamo..Doa kamo ibarat bekalan dan penunjuk jalan kebagiaan buat kami..Maafkn kami atas kekhilafan kami nih...




Aku dan encik tunang pun masih berusaha untuk mencari keserasian itu..dan aku cuba berusaha merapati bakal adik2 iparku, dan kawan2 dia agar aku dapat mengenali siapakah diri encik tunang aku tuh..perasaan prasangka dan syak wasangka sentiasa ada dlm diri aku nih dan aku xnk melulu dalam menilai dan membuat keputusan...dan kerana perasaan ingin tahu dan prasangka juga y membuat aku nekad menjejaki xgf encik tunang ku..mendengar dr sebelah pihak xmungkin sama dengan mendengar dr kedua-dua belah pihakkn...hehehe...aku xnk salah menilai..apa pun thanks buat "wan"..semoga kebahagiaan sentiasa ader buat kamo..amin...Allah maha mengetahui apa y berlaku..biar hari ini orang buat kita...bersabar..orang bersabar tuh pasti ada ganjaranya...

Buat bakal adik2 iparku..maaf sekiranya selama nih akak dh terlepas pandang dan xmengambil kira perasaan korang..serius akak xsengaja..hidup akak lebih dikelilingi ahli keluarga sndiri dr orng luar...even akak nk berjalan or ke  mana2 saje akak dh terbiasa dgn adik beradik..mmg kami dh dilatih sejak kecil lg..akak akak y dh berkahwin pun tetap mcm tuh walaupun dh berkahwin..adik2 menjadi peneman ke mana2...akak xberniat dan terfikir nk rampas or kawal abg korang menjadi orang lain..bila akak dh bersetuju nk berkahwin bermakna akak dh ready utk berkongsi apa saja y kami ader berdua termasuklah keluarga...Insyaallh..kami berusaha utk tidak mengulanginya...thanks kerana memberi kami kesempatan utk berubah dan memperbetulkan keadaan...


ok, kita sambg blk isu Hamba Allah td...heheheh..bila aku berdepan dengan hamba Allah y terlampau hipokrit dalam cinta dan hidup nih wat aku terbuka mata dan hati untuk memuhasabah diri..mungkin ini takdirnya Allah temukan aku dengan Hambanya sebegini agar aku belajar dan menilai erti hidup...kepada pasangan c Hamba Allah...Nilailah dengan mata hati pasangan sebelum betul2  menjadi isteri...tanggungjawab mendidik dan mengubah pasangan kita bukan satu perkara y mudah...jgn kerana cinta kau tutup pintu hati dan mata hati nescaya kau akan kecewa nanti...atas pengalaman aku sendiri 8tahun menyulam cinta sebenarnya itu hanya sebuah angka...masih terlalu singkat sebenarnya untuk kita benar2 mengenali siapakah sebenar pasangan kita..bak kata orang tua2.."masa sayang memang semuanya indah belaka..cuba dh pudar n hilang rse tuh..."perasaan syg berubah menjadi sengketa dan dendam y xkn ader kesudahan...

Kesilapan paling besar pada aku pasangan c hamba Allah nih xnk mengenali dan merapati keluarga c pasangan..bukan bermakna rapat tuh kita masuk campur urusan keluarga...tp sekurang-kurangnya kita bole belajar untuk lebih mengenali pasangan kita...mata memandang boleh menipu..apa y kita nmpk xsemestinya betul...keluarga adalah orang pertama y sangat memahami dan mengenali diri kita...kalau pasangan kita tuh baik, ahli keluarga dia mesti ckp y baik2 jekn...kalau kita tanya pasangan kita contohnya awak rajin ke malas..of coz la c dia  akan  jawab rajin..nk mark up carry mark kn..extra point tuh utk  kita nmpk sempurna dimata dia...if tersingkap keburukan pasangan kita diawal perhubungan  macam panas baran, pemalas or sebagainya pada pasangan kita tuh atleast kita boleh menilai sendiri untuk diri kita samada meneruskan or redha dan ikhlas dalam menerima diri dia seadanya sebagai pasangan kita...insyallh xkn jd ungkit mengungkit dan ketidak serasian selepas mendirikan rumah tangga....zaman bercinta dan berumah tangga nampak mcm sama tetapi berbeza...masa bercinta kita xduduk serumah..jumpa pun hanya sesekali..tp bila berkahwin itulah pasangan y kita akan menghadap siang dan malam..sebab tuh ramai jer pasangan loving couple pun bole bercerai berai disebabkan xwujud keserasian..Ya Allah, jauhkan aku dengan perkara-perkara sebegini..nauzubillah...Peringatan ini juga buat diri aku sendiri...

Apa pun semoga Allah membuka pintu hati Hamba Allah nih agar berubah..jgn kerana diri kita begitu orang sekeliling kita pun kita nk anggap sama macam diri kita...nilai dan muhasabahlah diri kita sebelum terlambat..jagalah hati dan hargailah orang sekeliling kita y sygkan kita sekarang kerana orang y kita harap dan jangkakan dapat memberi y lebih baik dr apa y kita ader sekarang belum tentu dapat menjamin nikmat kebahagiaan y lebih baik dr apa y kita ada hari ini...Allah lebih mengetahui dan kita hanya mampu bergantuh harap padaNYa...

Sekadar renungan bersama dan peringatan buat diri sendiri....
"untuk mendapatkan pasangan y ikhlas menerima diri kita seadanya bermula dr diri kita sendiri...jadilah diri sendiri kerana itu membuatkan si Dia lebih mengenali siapa kita sebenar begitu juga sebaliknya"...

Terapi motivasi diri

"Ujian bagi seseorang yang berjaya bukanlah pada kemampuannya untuk mencegah munculnya masalah
tetapi 
pada waktu dia menghadapi masalah dan menyelesaikan setiap kesulitan saat masalah itu terjadi"


Allah Knows Best...

Allah knows whats best for us
so why should we complain
we always want the sunshine
but He knows there must be rain

We always want laughter
and the merrimeny of cheer
but our heart will lose their tenderness
if we never shed a tear

Allah test us often
with suffering and with sorrow
He test us not to punish us
but to help us meet tomorrow

For growing trees are strengthened
if they can will stand the storm
and the sharpness of the chisel
gave the marbla its grace and farm..

Allah test us often
and for every pain
He give us
Provided we are patient
is followed by rich plus gain

so whenever we feel that
everything is going wrong
it is just Allah's ways
to make our spirits strong..

Alhamdulillah....Thanks Ya Allah... 



Wednesday 28 November 2012

Penyejuk Hati...

"Kata-kata yang celopar boleh mengakibatkan perselisihan,
 kata-kata yang kasar boleh membawa kecelakaan,
 kata-kata yang tepat pada waktunya dapat mengurangkan ketegangan
Kata-kata cinta dapat menyembuhkan dan menyenangkan"


Terapi hati...

"Orang yang bahagia tidak perlu memliki yang terbaik daripada segala perkara..
Mereka hanya membuat perkara yang datang dalam hidup mereka menjadi terbaik...
Kebahagiaan adalah bohong bagi mereka yang menangis,
Mereka yang terluka, mereka yang mencari,
Mereka yang mencuba.
Mereka hanya mampu menghargai orang-orang yang penting yang telah menyentuh hidup mereka"

Tuesday 27 November 2012

Dayus...


Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


Sumber: http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/546-siapa-lelaki-dayus-menurut-islam-.html


Mungkin Ini BahagianKu...

Mungkin ini dugaan buatku...
Dugaan dalam tempoh bertunang...
orang ke-3..
bukan cinta ketiga yerr...org ke-3 y datang dlm perhubungan kami...
xtau la...dr mne punca n sebab musabab tbe2 semua jadi  kucar kacir begini...
org ke-3 yang datang dr kalangan ahli keluarga sendiri...dalam diam ibarat parasit y cube memusnahkan dan membunuh...
Baru hari ini aku sedar..untuk berumah tangga nih bukan sekadar antara kau dan aku tetapi mereka...ibarat peha sebelah kanan dan peha sebelah kiri...xkan pernah bergerak seiring...satu terluka satu lg pasti akan turut terasa...ragam manusia bukan semua sama..mungkin pd kita small matters tp bkn pd owg lain...Hati kedua pihak paling utama perlu dijaga...tp ini tidak bermakna kami bermasalah dengan keluarga dari kedua-dua pihakkn...hehhe..just mukaddimah jerr nih...
aku pun xtau dan terfikir2 apa permasalhan y wujud antara kami...
tiba-tiba aku terdengar label2 y tertentu ditepek untuk aku...
andai tohmahan itu memang betul aku berani akui..
tp benda y memang aku sendiri xbole nk pikir n aku betul2 xbuat..
kenapa nk ckp belakang straight to da point..even ckp dgn seribu orang sekali pun belum tentu seseorang tuh boleh mengubah apa-apa...ckp direct atleast seseorang tuh bole  mengubah setiap kekhilafan dia samada sedar atau pun x kn..tp nk wat cmne kn..inilah sikap golongan-golongan y berakal pendek..mudah2an aku dijauhkan dengan sifat buta mata hati dan menjurus kepada nafsu semata-mata dalam menilai...nauzubilah...
Mungkin aku bukan someone y sempurna y boleh membahagiakn orang lain..tp atleastt aku mencuba menjadi sempurna..
ye..Mungkin ini harga y terpaksa aku bayar untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan..merebut hati seorang lelaki y merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan satu-satunya abg dalam keluarga...sebuah perhubungan xsemudah janji dan kata..terlalu banyak asam garam y perlu kita tempuh untuk menjadikan perhubungan itu kuat dan kukuh ikatannya...
Paling sukar lg bila hubungan kita disatukan oleh satu pihak tertentu dan pihak tuh juga merupakan kawan kepada pihak ke-3..ape lg setiap masalh y tercetus pasti akan sampai ke setiap pelusuk walaupun itu hanya sekadar isu remeh sekalipun...segala msg habis di 4ward..ape tujuannya???nk biar pihak2 nih tau betapa jahat kejamnya aku??Jadilah penjaja y terbaik yer...Hanya Allah y mampu memberi imbalanya..amin..mcm mne la rumah tangga jika sikap seperti nih ada dalam diri..silap2 abes dijaja keburukan dan keaiban suami pd semua kenalan..nauzubillah...
Kebahagiaan orang lain bukan kau y menentukannya...even xbahagia sekalipun bukan kau y akan merasainya..even org tuh abg kau sendiri..Doa y terbaik buat dia..Kebahagiaan itu Allah y tentukan...selagi kiter bergantung harap pdNya insylh..nih tidak..ermm..
Kami tak pernah masuk campur dalam hal kau even bakal keluarga kau sekalipun..
tapi kenapa bila kami kau melebih-lebih mengalahkan seorang parents...
apa y nk didengki or iri hati dengan kami..
Mungkin hari ini hari kau..kau rasa diri kau paling sempurna dan baik..its ok..and never minds..
Aku percaya Allah sentiasa ader dengan aku...
Teruskan berlakon seperti seorang y sngt sempurna...tp sampai bila..suatu hari pasti diketahui org jua...
Berapa ramai y telah kau sakiti..dan berapa ramai y xredha dengan sikap ko..selagi kau terus dengan sikap kau begini sampai bila-bila pun hati kau xkn pernah rasa aman dan bahagia...
Mungkin kau boleh mendabik dada hari ini tapi tidak untuk selama-lamanya...

"Ya Allah, Engkau Maha Pengasih Maha pendengar lg Maha Penyayang..
Jadikanlah aku hambaMu y redha dengan setiap ujian dan dugaan dr Mu..
Malah kau tingkatkan keimanan dan ketaqwaanku kepadaMu dengan sebab Ujian2Mu ini Ya Allah...
Kau ampunilah dosaKu..dosa-dosa y telah mengelapkan hatiku...samada kecil atau besar...
Hanya kepadaMu Ya Allah aku bergantung harap dan berdoa...
Amin Ya Rabbal alamin...


from bottom of myheart...