Friday 30 November 2012

Jauhkan Aku daripada perkara sebegitu....

Alhamdulillah..hari ini sedar xsedar kita dh masuk ke tahun akhir bagi tahun 2013...terlalu pantas masa berlalu sehingga kadang kita xsedar..seringkali aku terpikir dunia semakin tua..andai tiba masanya ajal menjemputku cukupkah amalanku..apa y akan kujawab dengan mungkar dan nangkir...perasaan cuak dan takut menyelubungi diri...Allah huakbar...
terkadang puas aku berfikir bagaimana seseorang hamba ini boleh hidup didalam kepura-puraan...
bila dihadapan orang y disayang dan keluarga subhanallah..baiknya pijak semut pun xmati..rajin kussemangatkan...xterkata..tp bila berhadapan dengan keluarga sendiri kenapa tidak boleh begitu??ibu y melahirkan ibarat permata buat kita..y akan sentiasa hadir dalam hidup untuk menerangi dan menjadi penunjuk jalan...tanpa dia siapalah kita didunia ini...ini tidak..hamba Allah ini melayan bakal ibu mentua lebih baik dr ibu sendiri malah mengagungkan golongan tersebut lebih dr keluarga sendiri...nauzubilah...sesungguhnya kita tidak cukup mengenali orang luar lebih dr kita mengenali keluarga kita sendiri...dan bila kita susah orang pertama y kita akan cr ialah "IBU"...

Atas pengalaman aku sendiri dalam tempoh aku bertunang aku paling takut perasan mymun terusik..takut dia terasa aku melebihkan bakal mentua or membeza2kan dia..walaupun ibu mentua itu bakal menjadi ibu kita juga selepas diijab kabul nnt...Hati orang tua sangatlah sensitif dan terlalu mudah terusik....
begitu juga dengan encik tunang...aku kerap mengingatkan dia setiap kali ader kelapangan atau cuti jgn sesekali terus berjumpa aku tapi pulang dulu ke rumah jumpa mak dan ayah, dan famly dulu... mak ayah itu y utama..dan aku y kedua...aku xpnh rasa pun wujud masalah disitu..kerap ku khabarkn kpd encik tunang kebimbanganku..jgn kerana aku mak dia berkecil hati dan terasa seperti dipinggirkan..."sebelum dan selepas kahwin dia sebagai anak lelaki syurga tetap dibawah telapak kaki ibu" itu xkn pernah berubah....alhamdulliah setakat nih encik tunang memang xpnh lg dtg berjumpa aku tanpa pengetahuan mak ayah dia dr awal kami berkawan sehingga kini..aku sangt2 bersyukur...tp seandainya ader dr sudut2 lain y kami terlepas pandang telah membuat mak dan ayah kami rasa begitu kami mntk maaf...tolonglah sedarkn kami, tegurlah kami sekiranya salah dan berikanlah kami tunjuk ajar...kami xnnk hidup tanpa restu dan keredhaan dr kamo..Doa kamo ibarat bekalan dan penunjuk jalan kebagiaan buat kami..Maafkn kami atas kekhilafan kami nih...




Aku dan encik tunang pun masih berusaha untuk mencari keserasian itu..dan aku cuba berusaha merapati bakal adik2 iparku, dan kawan2 dia agar aku dapat mengenali siapakah diri encik tunang aku tuh..perasaan prasangka dan syak wasangka sentiasa ada dlm diri aku nih dan aku xnk melulu dalam menilai dan membuat keputusan...dan kerana perasaan ingin tahu dan prasangka juga y membuat aku nekad menjejaki xgf encik tunang ku..mendengar dr sebelah pihak xmungkin sama dengan mendengar dr kedua-dua belah pihakkn...hehehe...aku xnk salah menilai..apa pun thanks buat "wan"..semoga kebahagiaan sentiasa ader buat kamo..amin...Allah maha mengetahui apa y berlaku..biar hari ini orang buat kita...bersabar..orang bersabar tuh pasti ada ganjaranya...

Buat bakal adik2 iparku..maaf sekiranya selama nih akak dh terlepas pandang dan xmengambil kira perasaan korang..serius akak xsengaja..hidup akak lebih dikelilingi ahli keluarga sndiri dr orng luar...even akak nk berjalan or ke  mana2 saje akak dh terbiasa dgn adik beradik..mmg kami dh dilatih sejak kecil lg..akak akak y dh berkahwin pun tetap mcm tuh walaupun dh berkahwin..adik2 menjadi peneman ke mana2...akak xberniat dan terfikir nk rampas or kawal abg korang menjadi orang lain..bila akak dh bersetuju nk berkahwin bermakna akak dh ready utk berkongsi apa saja y kami ader berdua termasuklah keluarga...Insyaallh..kami berusaha utk tidak mengulanginya...thanks kerana memberi kami kesempatan utk berubah dan memperbetulkan keadaan...


ok, kita sambg blk isu Hamba Allah td...heheheh..bila aku berdepan dengan hamba Allah y terlampau hipokrit dalam cinta dan hidup nih wat aku terbuka mata dan hati untuk memuhasabah diri..mungkin ini takdirnya Allah temukan aku dengan Hambanya sebegini agar aku belajar dan menilai erti hidup...kepada pasangan c Hamba Allah...Nilailah dengan mata hati pasangan sebelum betul2  menjadi isteri...tanggungjawab mendidik dan mengubah pasangan kita bukan satu perkara y mudah...jgn kerana cinta kau tutup pintu hati dan mata hati nescaya kau akan kecewa nanti...atas pengalaman aku sendiri 8tahun menyulam cinta sebenarnya itu hanya sebuah angka...masih terlalu singkat sebenarnya untuk kita benar2 mengenali siapakah sebenar pasangan kita..bak kata orang tua2.."masa sayang memang semuanya indah belaka..cuba dh pudar n hilang rse tuh..."perasaan syg berubah menjadi sengketa dan dendam y xkn ader kesudahan...

Kesilapan paling besar pada aku pasangan c hamba Allah nih xnk mengenali dan merapati keluarga c pasangan..bukan bermakna rapat tuh kita masuk campur urusan keluarga...tp sekurang-kurangnya kita bole belajar untuk lebih mengenali pasangan kita...mata memandang boleh menipu..apa y kita nmpk xsemestinya betul...keluarga adalah orang pertama y sangat memahami dan mengenali diri kita...kalau pasangan kita tuh baik, ahli keluarga dia mesti ckp y baik2 jekn...kalau kita tanya pasangan kita contohnya awak rajin ke malas..of coz la c dia  akan  jawab rajin..nk mark up carry mark kn..extra point tuh utk  kita nmpk sempurna dimata dia...if tersingkap keburukan pasangan kita diawal perhubungan  macam panas baran, pemalas or sebagainya pada pasangan kita tuh atleast kita boleh menilai sendiri untuk diri kita samada meneruskan or redha dan ikhlas dalam menerima diri dia seadanya sebagai pasangan kita...insyallh xkn jd ungkit mengungkit dan ketidak serasian selepas mendirikan rumah tangga....zaman bercinta dan berumah tangga nampak mcm sama tetapi berbeza...masa bercinta kita xduduk serumah..jumpa pun hanya sesekali..tp bila berkahwin itulah pasangan y kita akan menghadap siang dan malam..sebab tuh ramai jer pasangan loving couple pun bole bercerai berai disebabkan xwujud keserasian..Ya Allah, jauhkan aku dengan perkara-perkara sebegini..nauzubillah...Peringatan ini juga buat diri aku sendiri...

Apa pun semoga Allah membuka pintu hati Hamba Allah nih agar berubah..jgn kerana diri kita begitu orang sekeliling kita pun kita nk anggap sama macam diri kita...nilai dan muhasabahlah diri kita sebelum terlambat..jagalah hati dan hargailah orang sekeliling kita y sygkan kita sekarang kerana orang y kita harap dan jangkakan dapat memberi y lebih baik dr apa y kita ader sekarang belum tentu dapat menjamin nikmat kebahagiaan y lebih baik dr apa y kita ada hari ini...Allah lebih mengetahui dan kita hanya mampu bergantuh harap padaNYa...

Sekadar renungan bersama dan peringatan buat diri sendiri....
"untuk mendapatkan pasangan y ikhlas menerima diri kita seadanya bermula dr diri kita sendiri...jadilah diri sendiri kerana itu membuatkan si Dia lebih mengenali siapa kita sebenar begitu juga sebaliknya"...

No comments:

Post a Comment