Sunday 4 November 2012

Duhai Bakal Suamiku...



"Benarkah itu cinta seandainya kita semakin keji dan hina..
"Benarkah itu cinta sekiranya kita semakin bodoh dan lupa akan kemuliaan diri...
"Benarkah itu cinta andai kehhidupan kita hilang pedoman lalu terdampar dilautan maksiat....




Aku mohon.."Cintailah aku dalam diam dari kejauhan dengan penuh kesederhanaan dan keikhlasan....


Duhai Bakal suamiku,

Dan ketika dirimu resah dalam menanti kehadiranku dalam hidupmu, berdoalah pada Allah dan mohonlah hanya kepadaNya dan berusahalah keranaku hanya insan yang tiada daya upaya dan sesungguhnya Allah pemilik nyawaku...

Duhai Bakal Suamiku,

Dan aku mengharapkan agar dirimu memohonlah pada Dia yang Berhak. Milikilah jiwaku keranaNYa.. milikilah hatiku hanya kerana Allah S.W.T..
dan milikilah cintaku, diriku kerana agamaNya..

Duhai Bakal Suamiku,

Disinilah bermulanya perjalanan menuju destinasi yang tinggi dan mulia..dan apabila kita sedar kita perlu berubah dan sentiasa meningkatkan diri..inilah langkah pertama bagi mencapai apa sahaja bentuk kejayaan yang kita impikan..langkah pertama ini akan mencetuskan langkah kedua dan seterusnya...

Duhai Bakal Suamiku,

Disinilah letaknya keajaiban dalam perjalanan hidup kita, hanya kita yang memulakan perjalanan ini...Asalkan kita memilih untuk memulakanya sekarang maka perjalanan ini akan bermula dan sekiranya kita ingin berhenti maka perjalanan kita pun bakal terhenti..

Duhai Bakal Suamiku,

Engkaulah yang bakal membimbingku ..
dan engkaulah yang akan mempunyai tanggungjawab terhadap kita..
agar engkau selalu ada kekuatan dalam dunia kehidupan kita nanti..
akan aku selalu ada sebagai pendampingmu duhai bakal suamiku...

No comments:

Post a Comment